Peraturan-peraturan ini menetapkan terma dan syarat am untuk penggunaan laman web Kenwood Appliances (M) Sdn Bhd dengan pejabat berdaftarnya di E1-3-09, Level 3 Sunway GEO Avenue, Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan ("Syarikat") [●], khususnya untuk pembelian produk baharu dan, jika tersedia pada laman web dan apabila dinyatakan dengan jelas, produk yang telah dibaik pulih atau yang telah digunakan (kesemuanya dirujuk sebagai “Produk”) dan perkhidmatan (“Perkhidmatan”) De'Longhi Group.
Sila baca terma dan syarat am jualan ini (“Terma dan Syarat”) dengan teliti sebelum menggunakan laman web kami dan memesan Produk dan Perkhidmatan kami.
Dengan menggunakan laman web kami untuk sebarang pesanan sedemikian, anda bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini.
Sila ambil perhatian bahawa kami menawarkan pelbagai jenis Produk dan Perkhidmatan. Penerangan bagi setiap Produk dan Perkhidmatan ini pada laman web mungkin berbeza daripada produk sebenar dari segi warna, bentuk dan saiz. Malah, ada kalanya terma tambahan mungkin dikenakan. Dalam hal sedemikian, anda akan dimaklumkan dengan sewajarnya. Anda juga diingatkan bahawa Produk kami bertujuan, direka bentuk dan dihasilkan hanya untuk kegunaan domestik (atau seumpamanya) dan bukan untuk tujuan atau kegunaan profesional. Walau apa pun, sila patuhi syor yang diberikan dalam manual arahan.
1. Am
1.1. Terma dan Syarat ini mentadbir penggunaan laman web serta syarat-syarat pelaksanaan segala tawaran dan kontrak perjanjian melalui laman web Syarikat, melainkan dinyatakan sebaliknya.
1.2. Perkataan “Pelanggan” bermaksud mana-mana orang sebenar atau orang juridikal yang melayari laman web kami atau mana-mana orang sebenar atau orang perundangan yang memasuki sebarang jenis hubungan kontrak dengan beberapa syarikat De'Longhi Group, termasuk Syarikat ini. Perkataan “Pengguna” secara khususnya bermaksud mana-mana orang sebenar yang memeterai dan melaksanakan tindakan kontrak itu di luar skop perdagangan, perniagaan atau kerjayanya atau yang tidak bertindak bagi pihak atau atas arahan seseorang usahawan yang memenuhi takrifan di bawah Undang-undang EU serta setiap undang-undang kebangsaan yang menguatkuasakannya.
1.3. Sekiranya terdapat sebarang isu penting, Syarikat berhak untuk membuat perubahan terhadap laman web, dasar, serta terma dan syaratnya, termasuk Terma dan Syarat ini. Dalam apa jua keadaan, Pelanggan adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat yang berkuat kuasa sewaktu Pelanggan memesan Produk daripada Syarikat atau daripada mana-mana syarikat De'Longhi Group.
1.4. Jika mana-mana Terma dan Syarat ini dianggap tidak sah, terbatal atau atas apa-apa sebab tidak boleh dikuatkuasakan, syarat tersebut akan dianggap boleh dipisahkan dan tidak akan menjejaskan kesahihan dan kebolehkuatkuasaan mana-mana syarat selebihnya.
1.5 Untuk membeli Produk dan Perkhidmatan di laman web, Pelanggan mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. Jika Pelanggan berumur di bawah 18 tahun, dia boleh menggunakan Perkhidmatan kami hanya dengan penglibatan ibu/bapa atau penjaganya. Jika Pelanggan membuat pesanan untuk mana-mana individu lain, Pelanggan bertanggungjawab untuk memastikan agar penerima berkenaan berada pada peringkat umur yang sesuai untuk melihat dan menggunakan Produk atau Perkhidmatan.
2. Akaun anda. Pesanan. Tawaran, ketersediaan dan persetujuan Syarikat untuk menerima tawaran
2.1. Penggunaan laman web boleh dilakukan sekiranya sistem IT Pelanggan itu memenuhi keperluan teknikal minimum terkini (cth., Internet Explorer 10, Chrome 75 atau Firefox 60 atau ke atas, membenarkan JavaScript dan kuki serta mempunyai sambungan Internet).
2.2. Untuk membuat pesanan, Pelanggan mesti mengakses laman web Syarikat, memilih Produk dan/atau Perkhidmatan, mengisi maklumat Pelanggan sebagaimana diperlukan dan memilih jenis pembayaran. Pelanggan boleh membuat pesanan sebagai “pengguna tetamu” atau dengan mendaftarkan profilnya pada laman web. Dengan mendaftar, Pelanggan boleh menggunakan butiran log masuk (nama pengguna dan kata laluan) yang dipilih semasa pendaftaran kali pertama untuk membuat pesanan selanjutnya di laman web tersebut.
2.3. Semasa menggunakan perkhidmatan laman web kami, Pelanggan bertanggungjawab untuk merahsiakan sebarang maklumat akaun dan kata laluan. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, Pelanggan bertanggungjawab untuk menggunakan laman web Syarikat selaras dengan keperluan undang-undang serta Terma dan Syarat, di samping mematuhi larangan berkaitan penyediaan kandungan yang menyalahi undang-undang. Jika Pelanggan mempunyai sebarang sebab untuk mempercayai bahawa kata laluannya telah diketahui oleh orang lain atau jika kata laluan itu sedang atau telah digunakan dalam apa jua cara yang tidak dibenarkan, Pelanggan dikehendaki memaklumkan Syarikat dengan segera dan menukar kata laluan tersebut.
2.4. Pelanggan bertanggungjawab untuk memastikan agar butiran yang diberikan kepada Syarikat adalah betul dan lengkap, memaklumkan kepada kami sekiranya berlaku sebarang perubahan dan mengemas kini maklumat yang diberikan kepada Syarikat dalam bahagian yang telah ditetapkan pada laman web. Syarikat berhak untuk menolak perkhidmatan, menamatkan akaun, mengalih keluar atau mengedit kandungan sekiranya Pelanggan melanggar mana-mana undang-undang yang terpakai, Terma dan Syarat ini atau mana-mana terma dan syarat, garis panduan atau dasar lain yang berkenaan.
2.5. Dengan menghantar pesanan, Pelanggan membuat tawaran untuk membeli Produk dan/atau Perkhidmatan sambil mematuhi Terma dan Syarat ini. Sebarang pesanan melalui laman web dianggap sebagai tawaran dan tidak akan membawa kepada sebarang perjanjian untuk membeli Produk dan/atau Perkhidmatan. E-mel pertama yang dihantar kepada Pelanggan hanya bertujuan untuk mengesahkan perakuan penerimaan tawaran tersebut.
2.6. Tawaran Pelanggan telah bersetuju diterima dan perjanjian dengan Pelanggan dimuktamadkan (“Kontrak”) hanya apabila Pelanggan menerima e-mel bagi mengesahkan persetujuan Syarikat untuk memenuhi pesanan yang dibuat oleh Pelanggan dan Produk telah dihantar dan/atau Perkhidmatan telah disediakan kepada Pelanggan.
2.7. Persetujuan penerimaan dan seterusnya penyempurnaan semua pesanan adalah tertakluk kepada ketersediaan dan pengesahan harga pesanan serta kuantiti Produk dan Perkhidmatan yang dinyatakan dalam borang pesanan belian. Kami berhak untuk segera menarik diri daripada Kontrak sekiranya Produk tidak lagi dikilang dan/atau dibekalkan atau apabila Produk telah tersilap memaparkan harga yang secara jelas adalah salah. Masa pesanan dipungut mungkin berbeza mengikut ketersediaan, manakala mana-mana masa penghantaran mungkin menghadapi kelewatan akibat masalah pengangkutan atau peristiwa luar biasa (force majeure).
2.8. Produk dan Perkhidmatan dijual dalam kuantiti yang sesuai dengan keperluan isi rumah biasa. Kami berhak untuk membataskan ketersediaan Produk dan Perkhidmatan serta persetujuan memenuhi pesanan belian sekiranya terdapat kekangan kuantiti.
3. Harga dan bayaran
3.1. Semua harga Produk dan Perkhidmatan hendaklah dinyatakan dalam mata wang tempatan Pelanggan dan sudah termasuk semua cukai yang dikenakan, termasuk VAT. Harga yang dihantar invois ialah harga semasa pada tarikh pelaksanaan pesanan belian.
3.2. Walaupun Syarikat cuba memastikan agar semua butiran, penerangan dan harga Produk dan Perkhidmatan yang dipaparkan di laman webnya adalah tepat, kesilapan masih boleh berlaku. Sekiranya Syarikat mengesan sebarang kesilapan harga mana-mana Produk atau Perkhidmatan yang dipesan, maklumat tentang kesilapan itu dan maklumat tentang harga yang betul akan segera dihantar oleh Syarikat kepada Pelanggan (ini boleh dibuat tanpa menjejaskan hak Syarikat untuk menarik diri di bawah Perkara 2.7 di atas). Dalam hal sedemikian, Pelanggan boleh mengesahkan persetujuan mereka untuk membayar pesanan pada harga yang betul itu atau membatalkannya. Sekiranya Pelanggan tidak mengesahkan persetujuan untuk membayar harga yang betul itu atau Pelanggan membatalkan pesanan dalam tempoh 7 (tujuh) hari selepas maklumat tersebut dihantar, Syarikat akan menganggap pesanan itu sebagai terbatal dan memaklumkan Pelanggan tentang perkara berkenaan.
3.3. Harga yang dinyatakan tidak termasuk kos penghantaran, melainkan dinyatakan sebaliknya. Amaun yang dinyatakan pada halaman “semak pesanan” dan disahkan melalui e-mel selepas itu adalah jumlah yang perlu dibayar oleh Pelanggan untuk Produk yang dipesan dan ini sudah termasuk semua cukai, levi, sumbangan alam sekitar dan kos penghantaran, jika ada.
3.4. Dari semasa ke semasa, Syarikat mungkin menawarkan kod diskaun promosi untuk digunakan dengan mana-mana pembelian Produk atau Perkhidmatan atau pembelian Produk atau Perkhidmatan tertentu yang dibuat melalui laman web ini. Sebarang terma dan syarat khas yang berkaitan hendaklah dinyatakan pada masa penerbitan.
3.5. Untuk membeli Produk dan Perkhidmatan, Pelanggan mesti memiliki kad kredit atau kad debit yang sah atau akses kepada kaedah pembayaran lain yang dibenarkan oleh Syarikat dan De'Longhi Group dan Pelanggan juga mesti mempunyai dana kewangan yang mencukupi bagi menampung kos pembelian Produk dan Perkhidmatan. Syarikat berhak untuk menolak sebarang permintaan Pelanggan yang tidak memenuhi keperluan ini. Syarikat berhak untuk menolak sebarang permintaan yang dibuat oleh Pelanggan selepas mengesahkan data yang diberikan dan data itu mesti betul dan tepat.
3.6. Sebaik sahaja menerima pesanan daripada Pelanggan, Syarikat akan menjalankan semakan prakelulusan standard terhadap kad pembayaran Pelanggan bagi memastikan ada dana yang mencukupi di dalamnya untuk pembelian berkenaan. Produk tidak akan dihantar atau Perkhidmatan tidak akan disediakan sehingga semakan prakelulusan terhadap kad pembayaran itu telah selesai dengan jayanya. Kad akan didebitkan dengan amaun yang dikenakan untuk pesanan itu sebaik sahaja pesanan telah diterima dengan sepenuhnya. Jika kad tidak boleh dicaj dalam tempoh 5 (lima) hari dari tarikh Syarikat mengesahkan pesanan, maka pesanan Pelanggan akan dibatalkan secara automatik dan Pelanggan akan dimaklumkan oleh Syarikat.
3.7. Bagi setiap pesanan yang sudah dilengkapkan, Syarikat atau mana-mana syarikat De'Longhi Group yang dimaklumkan kepada Pelanggan sebelum proses pembayaran berlangsung akan mengeluarkan satu invois mengandungi data yang diberikan oleh Pelanggan semasa prosedur pembelian terbabit. Invois ini akan dihantar kepada Pelanggan melalui e-mel selepas mengesahkan penghantaran Produk atau bahawa Perkhidmatan telah disediakan. Invois ini juga boleh tersedia untuk dimuat turun secara terus daripada halaman laman web yang menjadi sebahagian daripada profil Pelanggan.
4. Penghantaran
4.1. Alamat penghantaran yang dinyatakan oleh Pelanggan hendaklah dianggap sebagai alamat yang betul untuk penghantaran Produk dan Perkhidmatan terbabit.
4.2. Pelanggan hendaklah menghantar borang pesanan berasingan untuk setiap alamat sekiranya Pelanggan ingin memesan Produk yang perlu dihantar ke pelbagai alamat.
4.3. Jenis penghantaran, purata masa penghantaran dan harga yang ditawarkan oleh Syarikat kami dinyatakan dalam bahagian khusus yang ditetapkan pada laman web. Masa penghantaran adalah sebagai panduan sahaja dan mana-mana tarikh penghantaran atau pengiriman yang disebut itu akan dipenuhi mengikut undang-undang yang terpakai. Masa untuk penghantaran akan dilanjutkan kepada mana-mana tempoh yang diperlukan supaya penghantaran Produk yang dipesan dapat dilakukan dengan betul, sekiranya kelewatan itu berlaku disebabkan oleh peristiwa di luar kawalan munasabah kami.
4.4. Jika Produk yang dipesan tidak lagi tersedia di gudang sewaktu pesanan dibuat dan tersilap dipaparkan sebagai tersedia di laman web, hal ini boleh mengakibatkan kelewatan dalam memenuhi pesanan, malah pesanan itu boleh dibatalkan oleh Pelanggan atau Syarikat menurut Terma dan Syarat ini.
4.5. Apabila Produk dihantar oleh kurier, Pelanggan hendaklah memeriksa sama ada bilangan bungkusan yang diterima adalah sama dengan nombor yang dinyatakan dalam dokumen pengangkutan dan sama ada bungkusan itu rosak, basah atau masih sempurna. Pelanggan hendaklah melaporkan sebarang kerosakan pada pembungkusan atau Produk kepada kurier dan memaklumkan kami tentangnya ke alamat e-mel yang tertera dalam Bahagian Sokongan Pelanggan.
4.6. Dengan menggunakan nama pengguna dan kata laluan, Pelanggan boleh melihat ringkasan pesanan mereka dalam profil Pelanggan dan memantau jejak pesanan itu dalam masa nyata melalui mesej berikut:
4.7 Untuk semua soalan yang berkaitan dengan status pesanan, Pelanggan boleh menghubungi Jabatan Khidmat Pelanggan sepertimana yang dinyatakan dalam Bahagian Sokongan Pelanggan dalam laman web.
4.8. Produk atau Perkhidmatan hanya tersedia dalam wilayah operasi Syarikat kami.
5. Risiko dan Pemilikan
5.1. Sebaik sahaja Produk dihantar ke alamat penghantaran yang dinyatakan dalam pesanan belian, risiko ke atas Produk itu akan berpindah kepada Pelanggan.
5.2. Selepas pembayaran Produk, pemilikan akan berpindah kepada Pelanggan.
6. Dasar Pertukaran dan Pemulangan 7 Hari
6.1. Pelanggan dan secara khususnya Pengguna, boleh memulangkan Produk sekiranya produk yang dihantar itu cacat, rosak atau secara asasnya berbeza sifatnya daripada Produk yang anda pesan. Ini boleh dilakukan dalam tempoh 7 (tujuh) hari selepas penghantaran Produk tersebut mengikut dasar Pertukaran dan Pemulangan kami di ____________. Untuk memenuhi jangka masa yang diberikan sebelum tarikh akhir, anda hanya perlu mengemukakan isu tersebut ke alamat e-mel di Bahagian Sokongan Pelanggan kami dalam tempoh 7 (tujuh) hari dari tarikh anda menerima Produk. Tiada bayaran dikenakan untuk memulangkan item sekiranya pemulangan dibuat mengikut dasar Pertukaran dan Pemulangan kami, sebaliknya Pelanggan bertanggungjawab menanggung kos yang berkaitan dengan pemulangan item tersebut.
6.2. Dalam apa jua keadaan, Pelanggan dan Pengguna mengekalkan hak untuk menuntut waranti mengikut peruntukan yang terkandung di bawah Perkara 7 Terma dan Syarat ini dan menurut mana-mana undang-undang berkanun yang berkenaan. Sehubungan dengan itu, Pelanggan dan Pengguna juga boleh menghubungi Syarikat melalui butiran hubungan yang tertera di dalam Bahagian Sokongan Pelanggan. Dalam apa jua situasi, anda perlu mengikut arahan di bahagian yang ditetapkan dalam laman web kami (lihat bahagian “akaun saya”).
7. Waranti
7.1. Sejurus dihantar, Pelanggan hendaklah memeriksa Produk untuk mengesan sebarang kerosakan yang boleh dilihat dan ketidakpatuhan terhadap Kontrak. Jika berlaku keadaan sedemikian, Pelanggan hendaklah memaklumkan perkara ini kepada Syarikat dengan sewajarnya.
7.2 Produk dilindungi oleh waranti undang-undang, yang mematuhi semua peraturan berkanun berhubung dengan waranti ke atas barangan pengguna dan hak pengguna yang berkuat kuasa di negara tempat Produk dibeli (“Waranti”). Hak yang dituntut ke atas Waranti hendaklah dilaksanakan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa di negara Pelanggan berada dan selaras dengan syarat dalam mana-mana dokumen waranti yang dibekalkan bersama Produk dan disediakan dalam laman web. Untuk menguatkuasakan Waranti, Pelanggan boleh menghubungi Jabatan Khidmat Pelanggan kami melalui nombor telefon dan/atau e-mel dalam Bahagian Sokongan Pelanggan dalam laman web dengan menyatakan nombor invois Produk dan tarikh invois itu dikeluarkan atau kod untuk pesanan yang dibuat dan tentang kerosakan yang telah dikenal pasti. Bahagian Sokongan Pelanggan akan memberikan maklumat lengkap tentang cara untuk meneruskan tuntutan Waranti.
7.3. Syarikat membekalkan Produk tanpa sebarang kecacatan. Jika mana-mana Produk tidak mematuhi Kontrak, Syarikat akur terhadap hak Pelanggan untuk melaksanakan hak Waranti secara bebas mengikut terma-terma yang termaktub dalam mana-mana undang-undang berkanun tempatan. Tuntutan hak Waranti boleh dilaksanakan oleh Pelanggan sekiranya kerosakan dialami oleh Produk baharu dalam tempoh 1 (satu) tahun dari tarikh penghantaran Produk itu kepada Pelanggan. Jika Pelanggan telah menuntut hak Warantinya secara sah, tempoh yang dinyatakan dalam ayat di atas tidak akan meliputi tempoh di mana Pelanggan tidak boleh menggunakan Produk. Tempoh perlindungan hak Pengguna daripada kerosakan Produk tertentu yang sudah terpakai mungkin dikurangkan mengikut peruntukan undang-undang pengguna yang berkenaan, sekiranya komunikasi mengenainya telah disampaikan dengan jelas di bahagian yang ditetapkan dalam laman web.
7.4. Jika kerosakan pada Produk baharu mula kelihatan dalam tempoh 1 (satu) tahun selepas Produk diterima, Produk itu hendaklah dianggap sebagai sudah rosak sewaktu ia diterima, melainkan sifat Produk itu sendiri mengetepikan kemungkinan berlakunya perkara ini. Tempoh tersebut tidak akan meliputi tempoh di mana Pelanggan tidak boleh menggunakan Produk sekiranya Pelanggan telah membuat aduan tentang kecacatan itu selaras dengan ketetapan haknya.
7.5. Jika Produk mengalami kerosakan, Pelanggan boleh menuntut agar ia dipungut semula dengan kos ditanggung oleh Syarikat.
7.6. Pelanggan boleh menuntut diskaun yang munasabah atau menarik diri daripada Kontrak sekiranya:
(a) Syarikat enggan atau gagal mengambil semula Produk yang rosak itu menurut Perkara 7.5.;
(b) kerosakan itu berlaku berulang kali;
(c) kerosakan itu jelas mencerminkan pelanggaran Kontrak yang ketara;
(d) adalah jelas daripada pernyataan atau situasi Syarikat bahawa Produk yang rosak itu tidak akan dapat dipungut semula dalam tempoh masa yang munasabah atau tanpa mendatangkan kesulitan yang ketara terhadap Pelanggan.
7.7. Pelanggan tidak boleh menarik diri daripada Kontrak sekiranya kerosakan itu tidak ketara; kerosakan itu hendaklah diputuskan sebagai tidak ketara.
7.8. Sila ambil perhatian bahawa Produk kami dicipta, dikilangkan dan bertujuan untuk kegunaan domestik atau yang seumpamanya, sepertimana diterangkan dalam manual arahan. Ia tidak disasarkan untuk kegunaan profesional. Jika Syarikat mendapati bahawa Produk telah digunakan untuk tujuan profesional atau untuk apa-apa tujuan lain selain penggunaan domestik biasa atau yang seumpamanya, Syarikat berhak melaksanakan syarat yang berbeza mengikut kes, bergantung pada penggunaan khusus itu. Dalam hal sedemikian, Syarikat boleh menganggap bahawa sebarang penggunaan profesional yang boleh mengakibatkan haus dan lusuh secara keterlaluan adalah suatu perbuatan penyalahgunaan, yang seterusnya tidak diliputi di bawah mana-mana perlindungan undang-undang.
7.9. Pelanggan tidak berhak untuk membaiki atau menggantikan Produk atau mana-mana bahagian yang didapati rosak oleh Syarikat dalam situasi berikut (dalam mana-mana kes, tertakluk kepada peruntukan undang-undang tempatan yang berkenaan):
a) Produk telah dibaiki atau diubah suai oleh individu selain daripada pengilang atau mana-mana orang yang diberi kuasa; dan / atau
b) Kegagalan Produk untuk mematuhi piawaian mula menjadi ketara satu (1) tahun - atau untuk Produk terpakai, mana-mana tempoh yang lebih singkat sebagaimana disampaikan dengan jelas melalui komunikasi dan setakat yang dibenarkan oleh peruntukan undang-undang pengguna yang berkuat kuasa - selepas Produk dihantar dan/atau permintaan yang wajar untuk membaiki atau menggantikan Produk yang rosak telah dikemukakan mengikut perenggan sebelumnya; dan / atau
c) kerosakan itu berlaku disebabkan (secara keseluruhan atau sebahagiannya) oleh penggunaan yang tidak betul; penyimpanan, penyelenggaraan atau pemasangan yang tidak sesuai; atau kegagalan untuk mematuhi arahan yang dibekalkan oleh pengilang bersama Produk.
7.10. Pelanggan boleh memfailkan tuntutan dengan Syarikat di mana-mana premisnya atau di pusat perkhidmatan yang sah. Senarai pusat perkhidmatan yang sah boleh didapati dalam Bahagian Sokongan Pelanggan pada laman web.
7.11. Pembaikan atau penggantian akan dilakukan dalam tempoh masa yang munasabah selepas permohonan diserahkan dan tanpa mendatangkan kesulitan yang ketara terhadap Pelanggan dengan mengambil kira sifat Produk dan tujuan pembeliannya.
7.12. Sebarang aduan akan dipertimbangkan dalam tempoh 30 (tiga puluh) hari selepas aduan diterima.
7.13 Tiada peruntukan dalam Terma dan Syarat ini yang menyekat hak Pelanggan atau Pengguna di bawah peruntukan undang-undang Pengguna yang berkenaan.
8. Had liabiliti
8.1. Syarikat sentiasa berusaha sedaya upaya untuk memastikan agar ketersediaan perkhidmatannya tidak terganggu dan sentiasa bebas daripada sebarang kesilapan. Namun, perkara ini tidak boleh dijamin disebabkan sifat sistem internet itu sendiri atau disebabkan penggantungan atau sekatan teknikal yang mungkin berlaku, sama ada yang mungkin ada kaitan atau tidak bersangkut-paut dengan urusan pembaikan, penyelenggaraan atau perkhidmatan baharu yang dijalankan. Syarikat hendaklah sentiasa berusaha sedaya upaya untuk membataskan bilangan dan tempoh penggantungan atau sekatan tersebut.
8.2. Syarikat kami tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kelewatan atau kegagalan yang timbul daripada sebarang punca di luar kawalan munasabah kami dan dalam apa jua keadaan untuk (i) kerugian yang tidak disebabkan oleh sebarang pelanggaran Syarikat kami atau (ii) sebarang kerugian perniagaan (termasuk kehilangan keuntungan, hasil, kontrak, jangkaan penjimatan, data, kepercayaan atau perbelanjaan yang tidak perlu) atau (iii) sebarang kerugian tidak langsung atau berbangkit yang tidak dapat diramal oleh mana-mana pihak sewaktu Kontrak penjualan produk dengan syarikat kami dibentuk. Peruntukan ini juga terpakai kepada orang sebenar yang membeli Produk atau Perkhidmatan untuk tujuan yang berkaitan secara langsung dengan perniagaan atau aktiviti profesionalnya.
8.3. Terma dan Syarat ini tidak menjejaskan hak Pelanggan di sisi undang-undang untuk menerima barangan atau perkhidmatan yang disediakan dalam tempoh masa yang munasabah atau untuk menerima bayaran balik sekiranya barangan atau perkhidmatan yang dipesan tidak dapat dihantar dalam tempoh masa yang munasabah disebabkan sesuatu punca di luar kawalan munasabah kami.
8.4. Bagaimanapun, sebarang liabiliti terhadap Pelanggan yang berkaitan dengan isu kualiti akan dihadkan kepada harga belian Produk. Had tersebut tidak terpakai sekiranya terdapat sebarang isu liabiliti produk.
9. Undang-undang dan Bidang Kuasa yang Mentadbir Urus
9.1. Terma dan Syarat ini ditadbir urus oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa di negara Pengguna atau Pelanggan.
9.2. Kami akan cuba menyelesaikan sebarang pertikaian dengan pantas dan cekap. Khusus bagi Pengguna, mereka boleh memfailkan tuntutan untuk menguatkuasakan sebarang hak perlindungan pengguna berhubung dengan Terma dan Syarat ini di negara EU yang menjadi tempat kediaman mereka. Suruhanjaya Eropah memperuntukkan prosedur penyelesaian di luar mahkamah: Penyelesaian Pertikaian Dalam Talian. Senarai badan berwibawa disediakan pada laman: http://ec.europa.eu/consumers/odr/.
10. Butiran korporat
Sila maklum bahawa butiran korporat Syarikat kami adalah seperti berikut:
De'Longhi[●]. dengan pejabat berdaftarnya di [●], didaftarkan di [●] Mahkamah Bandar [●] di bawah [●], ID Cukai: [●], modal saham [●] dibayar penuh.
Butiran hubungan bagi Syarikat adalah:
11. Pemprosesan data peribadi
11.1. Pemprosesan data peribadi Pelanggan akan dilakukan dengan berpandukan prinsip yang ditetapkan dalam Dasar Privasi.
AKAUN PELANGGAN
Dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan laman web, Pelanggan bertanggungjawab untuk mengekalkan kerahsiaan akaun dan kata laluannya serta menyekat akses kepada komputernya. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, Pelanggan juga bersetuju untuk bertanggungjawab terhadap semua aktiviti yang berlaku di dalam akaunnya atau yang menggunakan kata laluannya. Pelanggan hendaklah mengambil segala langkah yang perlu bagi memastikan kata laluan itu kekal dirahsiakan dan selamat. Pelanggan hendaklah memaklumkan kepada Syarikat dengan segera sekiranya dia mempunyai sebarang sebab untuk mempercayai bahawa kata laluannya telah diketahui oleh orang lain atau jika kata laluan itu sedang atau berpotensi digunakan dengan cara yang tidak sah.
Pelanggan bertanggungjawab untuk memastikan agar butiran yang diberikan kepada Syarikat adalah betul dan lengkap dan untuk memaklumkan kepada kami tentang sebarang perubahan terhadap maklumat yang disediakan. Pelanggan boleh mengakses dan mengemas kini kebanyakan maklumat yang diberikan kepada syarikat kami, termasuk sebarang tetapan akaun, dalam bahagian yang ditetapkan pada laman web.
Syarikat berhak untuk menolak perkhidmatan, menutup akaun, mengalih keluar atau mengedit kandungan sekiranya Pelanggan melanggar undang-undang yang terpakai serta Terma dan Syarat ini.